Wednesday, April 17, 2024

Jamuan saka di ruang tamu

Assalamualaikum.

Sepanjang bulan puasa aritu, ternampak di instagram beberapa orang (dari timur dan barat) yang berkongsi pengalaman mereka membuat diffuser sendiri di rumah. Ai pun cubalah membuatnya kerana semua bahan memang dah ada di rumah.  Cuma ai sengaja tak meletakkan daun rosemary kerana tidak semua orang sukakan aromanya.





Seperti yang anda dapat lihat, itu lah yang ai bubuh.  Daun pandan, lemon, rempah tumis dan vanilla (masa first time buat, lupa nak letak.. tapi OK je tak letak).  Then rebus hingga mendidih.    Matikan.    Seperti yang diviralkan, bauan ini akan meresap ke langsir dan seisi rumah.

Sama ada hidung ai tersumbat atau apa, ai mula tak terhidu sangat pun untuk menguji keberhasilan experimen ini.    Tapi bila tanya hubby.. beliau kata ada bau2 segar (mungkin sebab baru masuk rumah.   Kita yang dalam rumah tak dapat mengesan kelainannya).

Tapi.. nak kata sampai melekat2 kat langsir tu.. tak perasan ler pulak.  Cuma bila on aircond memang lagi kuat sikit ler bau tu.  Dan ia hanya 'bekerja' bila dalam keadaan panas.   Selang beberapa jam ai terpaksa panaskan semula dalam microwave dan meletakkannya di bawah meja kopi sebagaimana sebelumnya.   Motif : Sebab panas, takut tersandung plak kalau bubuh merata.


"Ma..  menakutkan la benda tu Ma.  Nanti orang ingat kita bela saka pulak." .   Kata Ain.

Hahaha.   Betul juga kata Ain tu... dah la berdaun pandan, bubuh limau lagi, letak pulak bawah meja.. nanti orang ingat ai tengah buat "sesajen" untuk khodam pendamping pulak.   Nauzubillahiminzalik. So, sebelum ianya  mengundang fitnah pada keluarga kami, ai pun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya.


Tuesday, April 16, 2024

Kisah Duit Raya 2024

Assalamualakum.

In Australia, there isn't a tradition of giving 'duit raya' (eid money) to children. However, what I often see is the trend of children giving duit raya to their parents. (I notice this because they usually do it right in front of me when we're celebrating Eid together.  hihi).




 
Similarly, our own children surprised us by giving us duit raya recently. So does our son-in-law. Masya Allah, tabarakallah. It's the feeling of being deeply touched for seven days and seven nights. Ultimately, it's a feeling of gratitude towards Allah.



Akibat terlalu sebak sampai sayang nak pakai duit-duit raya ni.  Sebak sebab terasa macam anak4 ni masih kecik dan "baby" je lagi.. rupa-rupanya dah dewasa.

 Mama doakan u guys jadi billionaire, hidup bahagia dunia dan akhirat.  Aamiin.


Nota :.  Jangan jelez dgn post ini sebab  tahun ni ai tak dapat duit raya dari suami. 🤣🤣.  Fair and square.